Thursday, June 4, 2009

Minggu ke-6 (Puan Sakinah)...


PENGUMPULAN DATA

Pengenalan :
  • Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data
  • Teknik-teknik ini tidak menjanjikan kualiti kajian yang baik sekiranya penyelidikan tindakan tidak dilakukan denagn sempurna
  • Jadi usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih
3 sebab perlu capai kualiti tinggi :
  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • Keperluan kepada kecekapan diri & orang lain
  • Keperluan untuk membuat tindakan & berubah kepada perkara manfaat dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria Kualiti :
  • Serupa dengan jenis kriteria penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik ialah kesahan & kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan :
  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur & mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
Kebolehpercayaan :
  • Berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dlm pndidikan berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • Untuk menambahbaikkan data penyelidikan tindakan kita perlu selalu tanya :-
    1. Adakah maklumat ini merupakan pewakilan tepat realiti?
    2. Bolehkah saya berfikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
5 tahap penyelidikan tindakan :

Tahap 1 : Mengenalpasti masalah
Tahap 2 : Perancangan tindakan
Tahap 3 : Mengumpul data
Tahap 4 : Analisis data
Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya

Alat pengumpulan data :
  • Pemerhatian (video tape)
  • Nota guru/komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (audio tape)
Tugasan :

Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini..

Monday, May 25, 2009

Kuliah Minggu Ke-6

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan yang diberi di atas kertas A4:
  • Nama dan No Matrik
  • Major/Minor DPLI
  • Alamat
  • Status
  • Mengapa ingin menjadi cikgu?
  • Guru yang paling disukai dan kenapa?
  • Guru yang paling dibenci dan kenapa?
  • Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
  • Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir
Aktiviti 2

Kami diarahkan untuk mencari pasangan dan membuat satu tugasan kerja serta bentangkannya dihadapan kelas mengenai mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban.

Tajuk : Kesediaan ICT jurulatih pusat-pusat latihan Tentera Laut Diraja Malaysia : satu kajian rintis
Pembentang : Janudin Awang
Sesi Selari 2C (Sri Menanti)
Masa : 3.30 Petang

Aktiviti 3

Kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar berlainan bangsa dan pengkhususan.Seterusnya kami perlu memikirkan satu tajuk proposal serta membuatnya dengan lengkap.

Tarikh hantar: 28 / 6 / 2009

Ahli Kumpulan:
  • Saw Ying Yu P48662 (Bio)
  • Syaidatul Haini bt Mohd Radzi P48676 (Bio)
  • Rasyidatun Naja Isa P48623 (Bio)
  • Nurkhalisah bt Mustapa P48600 (PI)
  • Asparila Che Mat P48577 (PI)

Tajuk yang dipilih: Meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 3 dalam subjek Sejarah menggunakan kaedah lakonan.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Latar belakang:

Subjek sejarah hanya menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Pengajaran sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Rentetan peristiwa ini disusun secara kronologi supaya pelajar dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara, serta unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku. Dalam rentetan peristiw a ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang kaitan dengan sejarah negara kita. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan sejarah Malaysia.

Objektif :

  1. Untuk memantapkan ingatan pelajar terhadap kronologi peristiwa penting dalam subjek Sejarah.
  2. Untuk menyatakan tarikh-tarikh penting dengan tepat
  3. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar
Kaedah :

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah
  • Pelajar sukar memahami dan mengingati kronologi peristiwa dalam subjek Sejarah.
  • Pelajar kurang berminat dalam subjek Sejarah kerana ia membosankan.
Langkah 2 : Merancang dan melaksanakan penyelidikan
  • Menilai tahap kefahaman pelajar melalui pra-ujian.
  • Menggunakan kaedah lakonan di mana pelajar dikehendaki melakonkan peristiwa sejarah . Setiap pelajar mesti memainkan peranan dalam lakonan tersebut : Penjajahan Jepun di Tanah Melayu (Leftenan Adnan). Lakonan dirakamkan oleh guru.
  • Pelajar yang tidak terlibat dalam lakonan dikehendaki mencatat isi-isi penting daripada lakonan tersebut.
  • Beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat ulasan tentang kefahaman mereka setelah menyaksikan lakonan.
  • Tahap kefahaman pelajar diuji sekali lagi melalui post-test.
Langkah 3 : Pengumpulan data
  • Markah ujian pra-ujian dan post-test dibandingkan.
  • Menukarkan data ke dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas aktiviti lakonan dijalankan.
Langkah 4 : Refleksi dan penilaian
  • Guru membuat refleksi mengenai pencapaian pelajar sebelum dan selepas ujian.

Sunday, May 24, 2009

ACTION RESEARCH JOURNAL..

Takhir hantar : 26 Mei 2009

>Tugasan:
  • Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan
  • Lakukan :
    1. Perbandingan (persamaan & perbezaan)
    2. Penganalisisan, penilaian,
    3. Rumusan & sintesis
  • Dari segi :

    1. sampel
    2. seting
    3. prosedur kajian tindakan
    4. pengumpulan & penganalisisan data
JURNAL 1

Title :
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom

Courtney Kosky, West Virginia University
Reagan Curtis, West Virginia University

Fokus kajian
Fokus kajian tindakan ini ialah bagaimana menyatupadukan kesenian dalam sains sosial pendidikan tahap 6 boleh meningkatkan penyertaan, motivasi dan pencapaian pelajar.

Sampel
Pelajar tahap 6

Setting
Bilik darjah

Prosedur
  • Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing
  • Ia bertujuan untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka.
  • Pelajar telah diberikan 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek adalah berdasarkan pilihan pelajar sendiri dengan menggunakan elemen seni seperti menulis cerita dongeng, lakonan, nelukis komik, mencipta lagu dan sajak, persembahan powerpoint dan sebagainya.

Pengumpulan data
  • 1-10 skala
  • Temubual
  • Jurnal guru
  • Tinjauan
  • Gred pelajar berdasarkan beberapa penilaian seperti :
  1. ujian
  2. kuiz
  3. lembaran kerja dan sebagainya
Rumusan

Pada pandangan saya kajian ini merupakan kajian yang sangat bagus dan patut di baca kerana ia dapat memberi panduan kepada guru-guru untuk membentuk atau merekacipta sesuatu pengajaran yang kreatif supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar walaupun dalam subjek yang sukar. Penulis memasukan unsur-unsur kesenian dengan pelbagai cara seperti belakon, bercerita dan sebagainya daripada hanya memberi kerja rumah yang tidak pasti samaada apa yang dilakukan pelajar itu melalui kefahamannya atau sebaliknya. Tetapi melalui kesenian ini, kita sendiri dapat melihat bagaimana mereka mampu atau tidak melakukannya.

JURNAL 2

Title :
Activating teacher's inquiry : Media Projects for literacy Lessons ( K-8 )

Francine Falk-Ross
Pace University, Pleasantville, New York

Fokus kajian
Kajian ini memfokuskan tentang keberkesanan menyatupadukan aktiviti media kepada pengajaran membaca dan menulis. Setiap projek penyelidikan tindakan menggunakan media untuk membangunkan unsur-unsur perbezaan kecekapan membaca dalam aktiviti-aktiviti mengenal huruf.

Sampel
Pelajar

Setting
Bilik darjah

Prosedur
• Kajian penyelidikan melalui bacaan-bacaan dan perbincangan.
• Pengumpulan data
• Analisis data
• Reka bentuk data
• Terdapat 3 projek yang dilakukan :
1. Project One : Reading vowel digraphs
2. Project Two : Taped readings
3. Project Three : Shakespearean connections

Pengumpulan data
• Soal selidik
• Penilaian kualitatif
• Soalan-soalan penyelidikan
• Bagaimana pembangunan profesional guru dalam penggunaan media (teknologi)

Rumusan
kajian ini dibuat adalah sebagai cabaran untuk memperkayakan penerapan teknologi pengajian mengenal huruf dalam pendidikan asas bacaan. Cabaran-cabaran ini termasuklah sikap guru yang tidak bersetuju dalam penggunaan media dan lebih terfokus kepada teks-teks tradisional serta kurangnya pengetahuan mereka dalam menggunakan media. Dengan menggunakan media dalam pelbagai cara dapat menarik perhatian pelajar untuk aktif dalam pembelajaran mereka. Melalui media ini ada beberapa jenis, antaranya ipods serta mencipta lagu untuk mengingati maklumat pembelajaran.


JURNAL 3

Title :
How do I/we help the Students in Key Stage 4 improve their learning if they are in danger of underperforming?

Methods of Educational Enquiry
University of Bath MA Programme 02/03
Graham Lloyd

Fokus kajian :
Kajian ini mengfokuskan tentang bagaimana saya/ kita ingin membantu pelajar di key stage 4 untuk meningkatkan prestasi pengajian mereka sekiranya mereka berada pada tahap yang bahaya.

Sampel :
Pelajar lelaki

Setting Kajian :
Sekolah

Prosedur

Bassey menggariskan 8 prosedur untuk proses kajian :

Peringkat 1 Definisi penyelidikan
Peringkat 2 Describe keadaan pendidikan
Peringkat 3 Collect boleh dinilai menganalisis data
Peringkat 4 Review data dan mencari pencanggahan;
Peringkat 5 Tackle satu percanggahan dengan memperkenalkan perubahan
Peringkat 6 Monitor perubahan
Peringkat 7 Analisis data perubahan;
Peringkat 8 Review perubahan dan memutuskan apa yang boleh dibuat

Pelan tindakan menurut Cohen Dan Manion:

Peringkat pertama - pengenalpastian
Peringkat kedua - perbincangan awal
Peringkat ketiga - kajian semula
Peringkat keempat - pengubahsuaian dikenal pasti kawasan
Peringkat kelima - pemilihan prosedur penyelidikan
Peringkat keenam - prosedur-prosedur penilaian
Peringkat ketujuh - pelaksanaan projek
Peringkat kelapan - tafsiran data


Pengumpulan data :
  • Mengukur pencapaian mengikut gred
  • Pemerhatian
  • Temubual
  • Membuat ulasan ringkas/menggunakan rakaman video
  • Membandingkan dengan pendapat yang lain
Sekiranya pelajar lelaki tersebut prestasinya berada pada tahap bahaya, penulis memutuskan untuk menghubungi ibu bapa mereka dan menjemput mereka datang ke sekolah bagi membincangkan masalah tesebut. Tujuannya adalah untuk membentuk strategi-strategi bagi membantu anak-anak lelaki mereka meningkatkan dan menaikkan piawaian akademik mereka.

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah minggu ke-4...

KAJIAN PERPUSTAKAAN
  • Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan, yang mana ia dilakukan secara kritikal.
MEMBANDINGKAN/ MEMBEZAKAN
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  • Kemahiran ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri dan untuk membuat pilihan/keputusan.
MENGANALISIS

  • Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  • Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait bahagian & mengenali prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis merupan satu kemahiran yang komplek.
MENILAI

  • Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea.
MEMBUAT KEPUTUSAN
  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal & menyokong penyataan.
MENSINTESIS

  • Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei dan tulisan.

Saturday, May 9, 2009

ULASAN BUKU PILIHAN..













Nama pengarang : Davydd J. Greenwood and Morten Levin
Tahun terbitan : 2007
Tajuk buku : Introduction to Action Research
Negeri penerbit : California
Nama penerbit : SAGE Publications

SOALAN...
  1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  2. MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN?
  3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    1. Model
    2. Sampe / Participant
    3. Setting kajian
4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    1. Instrumen kajian
    2. Teknik pengumpulan data
    3. Teknik penganalisisan data
6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)
7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
8. PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

KONSEP KAJIAN TINDAKAN ;
  • Kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial dan tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti amalan harian.
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

Dalam buku ini terdapat statement yang menyatakan “Knowledge emerges and is evaluated through acting or as a consequence of actions”. Jadi kita boleh katakan disini perlunya kajian itu dibuat adalah untuk:

  1. Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pengajaran murid, keadaan murid dalam bilik darjah dan sebagainya.
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
  4. Dapat membentuk budaya penyelidikan
REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


1) Model

Model Cogenerative











Menurut model ini, kajian tindakan adalah satu proses mengandungi sekurang-kurangnya dua fasa yang berbeza:
  • Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal
  • Manakala yang kedua melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial dan proses pembinaan makna.
Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” dan "orang-orang luar". Orang dalam merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan, yang mana mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah. Manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional, merekalah orang yang memudahkan proses menyelesaikan masalah.

2) Sampel kajian

Terdapat 3 sampel kajian dalam buku ini :
  1. Orang-orang kampong (village development)
  2. Orang-orang di kawasan industri
  3. Pelajar/ komuniti Univers
3) Setting kajian
  1. Stongfjorden: Village Development in Western Norway
  2. Mondragon: Organizational Problems in Industrial Cooperatives
  3. Cornell University’s School of Industrial and Labor
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
  1. Searching
  • When is a process a search?
    1. Creating a shared history and letting every participant understand how the world looks according to other groups of participant
    2. Creating a shared vision about what is a desirable future or solution to the focal problem of the group
    3. Creating a view of what would the probable future if nothing were done, sometimes this perspective might be integrated into the work on desirable future
    4. Identifying action plans for addressing the focal problem
    5. Creating a collective prioritization process in which participants choose among alternative action plants
    6. Initiating concrete change activity and structuring a follow-up process aimed at sharing achievements and learning.
2. Preparing for the search

3. Planning and executing a search

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHIC)
  • Isu etika sering ditimbulkan , terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku. Ini kerana kajian yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran subjek kajian. Oleh kerana data yang dikumpul oleh responden mungkin merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit dan apabila diumumkan akan mendatangkan kesan yang negetif kepada pihak-pihak tertentu.
  • Buku ini tidak terdapat etika kajian tindakan, tetapi terdapat beberapa aspek penting dalam etika kajian yang terkandung di dalam buku 'kaedah dan statistik penyelidikan, yang ditulis oleh oleh Chua Yan Piaw yang boleh dijadikan rujukan:
  1. Penyertaan sukarela
  2. Penentuan diri
  3. Kecederaan fizikal dan psikologi/mental
  4. Identiti pengkaji
  5. Rahsia peribadi
  6. Perjanjian sulit
  7. Pembelotan
  8. Pengabui mata atau penipuan
  9. Hak cipta

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kredibiliti dan kesahan dalam konvensional penyelidikan sains sosial merupakan fungsi utama kepada para pengkaji. Terdapat maklumat yang mengelirukan, jadi mereka cuba mencari tingkahlaku yang sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. jika pengukuran pada kali kedua (dan ketiga atau pada kali yang seterusnya) dilakukan, nilai yang diperolehi adalah serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Terdapat 2 jenis pengetahuan yang berbeza yang boleh dipercayai iaitu:
  1. Pengetahuan yang merupakan kredibiliti dalaman yang menjana kumpulan tersebut.
  2. Pengetahuan yang melibatkan pertimbangan luaran, yang merupakan pengetahuan yang mampu menyakinkan orang yang menyertai dalam membuat keputusan penyelidikan/ kajian.
PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Buku ini sesuai dibaca oleh semua dan boleh dijadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan, tetapi ianya mungkin sebagai asas rujukan sahaja dan memerlukan sokongan dari buku-buku lain. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan yang tidak terdapat dalam buku ini, antaranya pengumpulan dan penganalisisan data, instrumen kajian ,etika kajian serta beberapa lagi yang dirasakan perlu ditambahbaikkan supaya buku ini bertambah mantap dan dapat dijadikan rujukan untuk semua.

Kuliah minggu ke-3...


PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI PERUBAHAN
  • Mengikut Kamus Dewan, istilah ‘perubahan’ bermakna berubah, peralihan, pertukaran atau dalam erti kata lain suatu keadaan yang berubah,berbeza daripada keadaan atau yang asal atau semula jadi, berubah menjadi lain daripada kedua-duanya. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan (change).
  • Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalahhasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru.
  • Manakala, mengikut Carzo dan Yanouzas (Jaafar,1999), "Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil yang lain."

KEPENTINGAN PERUBAHAN

  • Perubahan dalam sesebuah organisasi amatlah penting dan relevan untuk dilaksanakan. Tanpa perubahan sesebuah organisasi itu tidak akan mencapai kecemerlangan. Namun untuk melaksanakan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan.
  • Pendidik sebagai agen perubahan disesebuah organisasi samada di peringkatdomestik, regional atau global menghadapi banyak cabaran dan perlu menunaikan banyak tuntutan. Pelbagai cabaran dan kelemahan yand ada tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membataskan kebebasan amalan pendidik sebagai agen perubahan. Justeru, seorang pendidik harus bijaksana menggunakan bidang kuasa yang ada padanya untuk membuat perubahan dalam lingkungan lunas-lunas syarat sistem sediada.
  • Justeru itu, pendidik juga harus memahami dan menganalisis apa perubahan yang hendak dilaksanakan, tujuan, matlamat, bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut. Mereka perlu melengkapkan diri dan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemahiran, sentiasa mempunyai sikap dahagakan ilmu, sentiasa bersemangat dan komited terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan sekaligus bertindak sebagai agen perubahan. Ini penting supaya perubahan yang dilaksanakan itu boleh mencapai visi dan wawasan sesebuah organisasi, dan pada masa yang sama ianya boleh diterima oleh kakitangan dan pihak pengurusan tanpa menimbulkan pelbagai halangan.
  • Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

  • Menurut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:-
1. Perubahan ke arah Peningkatan

Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi
seperti:
  • Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  • Memperkenalkan teknologi baru
  • Mengadakan program pembangunan staf
2. Perubahan Strategik Organisasi

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  • Mendefinisikan semula peranan organisasi
  • Perubahan nilai teras organisasi
3) Perubahan Reaktif

Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan

4) Perubahan Akibat dari Jangkaan

Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana
terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi
memastikan organisasi memperoleh kebaikan.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

1) EVOLUSI

Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

2) REVOLUSI

Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN MULTIDIMENSI

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:-

1. Tujuan Perubahan

2. Unit Perubahan

3. Sifat Perubahan

4. Magnitud Perubahan

5. Skop Perubahan

6. Jangkamasa Perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. Model penggabungan Roger

2. Model Kanter

-4 tugas:-

1)Penjanaan idea
2)Membina idea
3)Realisasi idea
4)Pemindahan idea

3. Model Rand

4. Model Acot

-5 langkah:-

1)Kemasukan
2)Memilih
3)Menyesuaikan
4)Penggunaan
5)Merekacipta

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

Nama ahli kumpulan:

  • Nurkhalisah binti Mustapa (P48600)
  • Asparila binti Che Mat (P48577)
  • Siti Hasmiyati binti Zahari

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

- 8 sebab orang menentang perubahan:


1) Banyak cabaran dan risiko

2) Perubahan dilakukan secara mengejut/drastik

3) Perubahan yang dibuat tidak mendatangkan kebaikan

4) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.

5) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.

6) Perbezaan pendapat, pandangan dan pendirian dengan orang lain

7) Sudah selesa dengan amalan biasa

8) perubahan yang dilakukan akan menimbulkan masalah-masalah lain

Cara Penyelesaiannya :


1) Berani menghadapi cabaran dan berusaha mewujudkan persaingan yang sihat

2) Perubahan mestilah dilakukan secara beransur-ansur.

3) Perubahan yang dibuat mestilah mempunyai matlamat yang jelas

4) Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan
sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.

5) berpendirian tetap dalam apa jua situasi

6) Sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk menerima pandangan orang lain

7) Membuat kajian lebih terperinci terhadap perubahan yang hendak dilakukan

8) Membuat penentuan berterusan untuk mengawal proses perubahan yang dilakukan

Wednesday, April 29, 2009

Kuliah minggu ke-2...

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskriptif naratif.














Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajarandan pembelajaran yang hendak di tangani. Kemudian guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru hendaklah memerhatikan kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan ini di sifatkan sebagai gelungan pertama (cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat di atasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua (cycle 2) sehingga masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru..

  • Refleksi ke atas masalah dalam diri..

Masalah:
1)Ketepatan masa
2)Kegugupan dalam berucap di khalayak ramai.

Penambahbaikan:
1)Perlu berani berkomunikasi dengan orang ramai
2)Membahagikan masa dengan baik

Matlamat umum;
1)Melahirkan insan yang holistik
2)Menerapkan nilai-nilai kerjasama
3)Mempertingkatkan keyakinan diri

Objektif
1)Membaiki kelemahan diri dan dapat berkomunikasi dengan orang lain
2)Dapat membahagikan masa dengan baik dan sesuai

Pelan tindakan

langkah-langkah yang diambil:
  • Kenal pasti masalah yang berlaku
  • Merancang strategi apa yang patut dilakukan
  • Menjalankan tindakan terhadap strategi yang telah dibuat
  • Muhasabah diri terlebih dahulu dengan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya saya dapat meningkatkan prestasi saya dan memperbaiki kelemahan saya secara beransur-ansur.

Pengumpulan data
  • Saya perlu membuat jadual belajar yang sesuai dan memastikan dapat mengikut apa yang telah dirancang.
  • Bertanya rakan tentang prestasi saya ketika bercakap di khalayak ramai melalui perbentangan atau sebagainya

Memantau
  • Meminta rakan-rakan rapat membantu dengan membuat penilaian terhadap diri dari segi penggunaan masa dan keyakinan diri
  • Meminta rakan-rakan yang rapat dengan saya memantau tingkah laku saya serta memberi komentar
  • Melihat perkembangan diri saya berdasarkan reaksi rakan-rakan setiap kali selepas bercakap di hadapan khalayak.

Penilaian
  • Saya akan muhasabah balik tentang diri saya dan membuat penilaian sama ada objektif yang saya kehendaki itu tercapai atau tidak.

AKTIVITI 2

Tajuk: Tilawah al-Quran

Masalah:
  • Pelajar tidak memahami apa yang diajar
  • Pelajar mengambil mudah tajuk tersebut
  • Pelajar tidak menguasai bahasa jawi

Penambahbaikan/strategi pengajaran:
  • Menarik minat: Guru perlu kreatif dalam memperbagaikan teknik pengajaran serta penggunaan BBM
  • Menerangkan hikmah dan ganjaran yang terkandung di dalam al-Quran
  • Guru perlu menggunakan tulisan jawi dalam pembelajaran dan memperbagaikan latihan serta kuiz

Sunday, April 26, 2009

Kuliah minggu pertama...

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


Kajian tindakan:
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.

Kajian/ penyelidikan:
Penyelidik merupakan satu proses atau langkah-langkah yang digunakna untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.

Menurut pendapat McNiff (1988):
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.

Gay & Airasian (2000):
"...a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs and effects in order to understand and improve them..".


















Terdapat 4 peraturan asas yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan:

1)Merancang
  • Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.
  • Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.
  • Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.
2)Bertindak
  • Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
3)Memerhati (pengumpulan bukti)
  • Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,ujian dan latihan serta analisis dokumen.
4)Mereflek
  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Proses ini mestilah dilakukan secara berurutan sehingga mencapai objektif yang dikehendaki.

Jenis-jenis kajian tindakan

1) INDIVIDU
  • Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu di dalam kelas

2) KOLABORATIF
  • Melibatkan lebih daripada dua orang. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH
  • Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama di sekolah.

4) DAERAH
  • Guru bekerjasama dalam satu organisasi yangmelibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan sesuatu isu yang sama diperingkat daerah.