Wednesday, April 29, 2009

Kuliah minggu ke-2...

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada teknik deskriptif naratif.














Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajarandan pembelajaran yang hendak di tangani. Kemudian guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru hendaklah memerhatikan kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan ini di sifatkan sebagai gelungan pertama (cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat di atasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke gelungan kedua (cycle 2) sehingga masalah itu diselesaikan. Pada gelungan kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru..

  • Refleksi ke atas masalah dalam diri..

Masalah:
1)Ketepatan masa
2)Kegugupan dalam berucap di khalayak ramai.

Penambahbaikan:
1)Perlu berani berkomunikasi dengan orang ramai
2)Membahagikan masa dengan baik

Matlamat umum;
1)Melahirkan insan yang holistik
2)Menerapkan nilai-nilai kerjasama
3)Mempertingkatkan keyakinan diri

Objektif
1)Membaiki kelemahan diri dan dapat berkomunikasi dengan orang lain
2)Dapat membahagikan masa dengan baik dan sesuai

Pelan tindakan

langkah-langkah yang diambil:
  • Kenal pasti masalah yang berlaku
  • Merancang strategi apa yang patut dilakukan
  • Menjalankan tindakan terhadap strategi yang telah dibuat
  • Muhasabah diri terlebih dahulu dengan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya saya dapat meningkatkan prestasi saya dan memperbaiki kelemahan saya secara beransur-ansur.

Pengumpulan data
  • Saya perlu membuat jadual belajar yang sesuai dan memastikan dapat mengikut apa yang telah dirancang.
  • Bertanya rakan tentang prestasi saya ketika bercakap di khalayak ramai melalui perbentangan atau sebagainya

Memantau
  • Meminta rakan-rakan rapat membantu dengan membuat penilaian terhadap diri dari segi penggunaan masa dan keyakinan diri
  • Meminta rakan-rakan yang rapat dengan saya memantau tingkah laku saya serta memberi komentar
  • Melihat perkembangan diri saya berdasarkan reaksi rakan-rakan setiap kali selepas bercakap di hadapan khalayak.

Penilaian
  • Saya akan muhasabah balik tentang diri saya dan membuat penilaian sama ada objektif yang saya kehendaki itu tercapai atau tidak.

AKTIVITI 2

Tajuk: Tilawah al-Quran

Masalah:
  • Pelajar tidak memahami apa yang diajar
  • Pelajar mengambil mudah tajuk tersebut
  • Pelajar tidak menguasai bahasa jawi

Penambahbaikan/strategi pengajaran:
  • Menarik minat: Guru perlu kreatif dalam memperbagaikan teknik pengajaran serta penggunaan BBM
  • Menerangkan hikmah dan ganjaran yang terkandung di dalam al-Quran
  • Guru perlu menggunakan tulisan jawi dalam pembelajaran dan memperbagaikan latihan serta kuiz

Sunday, April 26, 2009

Kuliah minggu pertama...

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


Kajian tindakan:
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.

Kajian/ penyelidikan:
Penyelidik merupakan satu proses atau langkah-langkah yang digunakna untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.

Menurut pendapat McNiff (1988):
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.

Gay & Airasian (2000):
"...a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs and effects in order to understand and improve them..".


















Terdapat 4 peraturan asas yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan:

1)Merancang
  • Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.
  • Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.
  • Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.
2)Bertindak
  • Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
3)Memerhati (pengumpulan bukti)
  • Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,ujian dan latihan serta analisis dokumen.
4)Mereflek
  • Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian. Proses ini mestilah dilakukan secara berurutan sehingga mencapai objektif yang dikehendaki.

Jenis-jenis kajian tindakan

1) INDIVIDU
  • Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu di dalam kelas

2) KOLABORATIF
  • Melibatkan lebih daripada dua orang. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH
  • Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama di sekolah.

4) DAERAH
  • Guru bekerjasama dalam satu organisasi yangmelibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan sesuatu isu yang sama diperingkat daerah.