Thursday, June 4, 2009

Minggu ke-6 (Puan Sakinah)...


PENGUMPULAN DATA

Pengenalan :
  • Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data
  • Teknik-teknik ini tidak menjanjikan kualiti kajian yang baik sekiranya penyelidikan tindakan tidak dilakukan denagn sempurna
  • Jadi usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih
3 sebab perlu capai kualiti tinggi :
  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • Keperluan kepada kecekapan diri & orang lain
  • Keperluan untuk membuat tindakan & berubah kepada perkara manfaat dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria Kualiti :
  • Serupa dengan jenis kriteria penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik ialah kesahan & kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan :
  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur & mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
Kebolehpercayaan :
  • Berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dlm pndidikan berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • Untuk menambahbaikkan data penyelidikan tindakan kita perlu selalu tanya :-
    1. Adakah maklumat ini merupakan pewakilan tepat realiti?
    2. Bolehkah saya berfikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
5 tahap penyelidikan tindakan :

Tahap 1 : Mengenalpasti masalah
Tahap 2 : Perancangan tindakan
Tahap 3 : Mengumpul data
Tahap 4 : Analisis data
Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya

Alat pengumpulan data :
  • Pemerhatian (video tape)
  • Nota guru/komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (audio tape)
Tugasan :

Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini..