Saturday, May 9, 2009

Kuliah minggu ke-3...


PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI PERUBAHAN
  • Mengikut Kamus Dewan, istilah ‘perubahan’ bermakna berubah, peralihan, pertukaran atau dalam erti kata lain suatu keadaan yang berubah,berbeza daripada keadaan atau yang asal atau semula jadi, berubah menjadi lain daripada kedua-duanya. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan (change).
  • Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalahhasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru.
  • Manakala, mengikut Carzo dan Yanouzas (Jaafar,1999), "Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil yang lain."

KEPENTINGAN PERUBAHAN

  • Perubahan dalam sesebuah organisasi amatlah penting dan relevan untuk dilaksanakan. Tanpa perubahan sesebuah organisasi itu tidak akan mencapai kecemerlangan. Namun untuk melaksanakan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan.
  • Pendidik sebagai agen perubahan disesebuah organisasi samada di peringkatdomestik, regional atau global menghadapi banyak cabaran dan perlu menunaikan banyak tuntutan. Pelbagai cabaran dan kelemahan yand ada tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membataskan kebebasan amalan pendidik sebagai agen perubahan. Justeru, seorang pendidik harus bijaksana menggunakan bidang kuasa yang ada padanya untuk membuat perubahan dalam lingkungan lunas-lunas syarat sistem sediada.
  • Justeru itu, pendidik juga harus memahami dan menganalisis apa perubahan yang hendak dilaksanakan, tujuan, matlamat, bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut. Mereka perlu melengkapkan diri dan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemahiran, sentiasa mempunyai sikap dahagakan ilmu, sentiasa bersemangat dan komited terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan sekaligus bertindak sebagai agen perubahan. Ini penting supaya perubahan yang dilaksanakan itu boleh mencapai visi dan wawasan sesebuah organisasi, dan pada masa yang sama ianya boleh diterima oleh kakitangan dan pihak pengurusan tanpa menimbulkan pelbagai halangan.
  • Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

  • Menurut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:-
1. Perubahan ke arah Peningkatan

Perubahan yang memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi
seperti:
  • Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  • Memperkenalkan teknologi baru
  • Mengadakan program pembangunan staf
2. Perubahan Strategik Organisasi

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
  • Mendefinisikan semula peranan organisasi
  • Perubahan nilai teras organisasi
3) Perubahan Reaktif

Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan

4) Perubahan Akibat dari Jangkaan

Perubahan yang dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana
terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi
memastikan organisasi memperoleh kebaikan.

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

1) EVOLUSI

Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

2) REVOLUSI

Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN MULTIDIMENSI

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:-

1. Tujuan Perubahan

2. Unit Perubahan

3. Sifat Perubahan

4. Magnitud Perubahan

5. Skop Perubahan

6. Jangkamasa Perubahan

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. Model penggabungan Roger

2. Model Kanter

-4 tugas:-

1)Penjanaan idea
2)Membina idea
3)Realisasi idea
4)Pemindahan idea

3. Model Rand

4. Model Acot

-5 langkah:-

1)Kemasukan
2)Memilih
3)Menyesuaikan
4)Penggunaan
5)Merekacipta

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

Nama ahli kumpulan:

  • Nurkhalisah binti Mustapa (P48600)
  • Asparila binti Che Mat (P48577)
  • Siti Hasmiyati binti Zahari

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

- 8 sebab orang menentang perubahan:


1) Banyak cabaran dan risiko

2) Perubahan dilakukan secara mengejut/drastik

3) Perubahan yang dibuat tidak mendatangkan kebaikan

4) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.

5) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.

6) Perbezaan pendapat, pandangan dan pendirian dengan orang lain

7) Sudah selesa dengan amalan biasa

8) perubahan yang dilakukan akan menimbulkan masalah-masalah lain

Cara Penyelesaiannya :


1) Berani menghadapi cabaran dan berusaha mewujudkan persaingan yang sihat

2) Perubahan mestilah dilakukan secara beransur-ansur.

3) Perubahan yang dibuat mestilah mempunyai matlamat yang jelas

4) Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan
sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.

5) berpendirian tetap dalam apa jua situasi

6) Sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk menerima pandangan orang lain

7) Membuat kajian lebih terperinci terhadap perubahan yang hendak dilakukan

8) Membuat penentuan berterusan untuk mengawal proses perubahan yang dilakukan

No comments:

Post a Comment