KAJIAN PERPUSTAKAAN
- Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan, yang mana ia dilakukan secara kritikal.
MEMBANDINGKAN/ MEMBEZAKAN
- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri dan untuk membuat pilihan/keputusan.
MENGANALISIS
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait bahagian & mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis merupan satu kemahiran yang komplek.
MENILAI
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea.
MEMBUAT KEPUTUSAN
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal & menyokong penyataan.
MENSINTESIS
- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei dan tulisan.
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar