Monday, May 25, 2009

Kuliah Minggu Ke-6

Aktiviti 1

Jawab soalan-soalan yang diberi di atas kertas A4:
  • Nama dan No Matrik
  • Major/Minor DPLI
  • Alamat
  • Status
  • Mengapa ingin menjadi cikgu?
  • Guru yang paling disukai dan kenapa?
  • Guru yang paling dibenci dan kenapa?
  • Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
  • Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir
Aktiviti 2

Kami diarahkan untuk mencari pasangan dan membuat satu tugasan kerja serta bentangkannya dihadapan kelas mengenai mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban.

Tajuk : Kesediaan ICT jurulatih pusat-pusat latihan Tentera Laut Diraja Malaysia : satu kajian rintis
Pembentang : Janudin Awang
Sesi Selari 2C (Sri Menanti)
Masa : 3.30 Petang

Aktiviti 3

Kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar berlainan bangsa dan pengkhususan.Seterusnya kami perlu memikirkan satu tajuk proposal serta membuatnya dengan lengkap.

Tarikh hantar: 28 / 6 / 2009

Ahli Kumpulan:
  • Saw Ying Yu P48662 (Bio)
  • Syaidatul Haini bt Mohd Radzi P48676 (Bio)
  • Rasyidatun Naja Isa P48623 (Bio)
  • Nurkhalisah bt Mustapa P48600 (PI)
  • Asparila Che Mat P48577 (PI)

Tajuk yang dipilih: Meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 3 dalam subjek Sejarah menggunakan kaedah lakonan.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Latar belakang:

Subjek sejarah hanya menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Pengajaran sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Rentetan peristiwa ini disusun secara kronologi supaya pelajar dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara, serta unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku. Dalam rentetan peristiw a ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang kaitan dengan sejarah negara kita. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan sejarah Malaysia.

Objektif :

  1. Untuk memantapkan ingatan pelajar terhadap kronologi peristiwa penting dalam subjek Sejarah.
  2. Untuk menyatakan tarikh-tarikh penting dengan tepat
  3. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar
Kaedah :

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah
  • Pelajar sukar memahami dan mengingati kronologi peristiwa dalam subjek Sejarah.
  • Pelajar kurang berminat dalam subjek Sejarah kerana ia membosankan.
Langkah 2 : Merancang dan melaksanakan penyelidikan
  • Menilai tahap kefahaman pelajar melalui pra-ujian.
  • Menggunakan kaedah lakonan di mana pelajar dikehendaki melakonkan peristiwa sejarah . Setiap pelajar mesti memainkan peranan dalam lakonan tersebut : Penjajahan Jepun di Tanah Melayu (Leftenan Adnan). Lakonan dirakamkan oleh guru.
  • Pelajar yang tidak terlibat dalam lakonan dikehendaki mencatat isi-isi penting daripada lakonan tersebut.
  • Beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat ulasan tentang kefahaman mereka setelah menyaksikan lakonan.
  • Tahap kefahaman pelajar diuji sekali lagi melalui post-test.
Langkah 3 : Pengumpulan data
  • Markah ujian pra-ujian dan post-test dibandingkan.
  • Menukarkan data ke dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas aktiviti lakonan dijalankan.
Langkah 4 : Refleksi dan penilaian
  • Guru membuat refleksi mengenai pencapaian pelajar sebelum dan selepas ujian.

No comments:

Post a Comment