Saturday, May 9, 2009

ULASAN BUKU PILIHAN..













Nama pengarang : Davydd J. Greenwood and Morten Levin
Tahun terbitan : 2007
Tajuk buku : Introduction to Action Research
Negeri penerbit : California
Nama penerbit : SAGE Publications

SOALAN...
  1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  2. MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN?
  3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    1. Model
    2. Sampe / Participant
    3. Setting kajian
4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    1. Instrumen kajian
    2. Teknik pengumpulan data
    3. Teknik penganalisisan data
6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)
7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
8. PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

KONSEP KAJIAN TINDAKAN ;
  • Kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial dan tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti amalan harian.
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

Dalam buku ini terdapat statement yang menyatakan “Knowledge emerges and is evaluated through acting or as a consequence of actions”. Jadi kita boleh katakan disini perlunya kajian itu dibuat adalah untuk:

  1. Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pengajaran murid, keadaan murid dalam bilik darjah dan sebagainya.
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
  4. Dapat membentuk budaya penyelidikan
REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


1) Model

Model Cogenerative











Menurut model ini, kajian tindakan adalah satu proses mengandungi sekurang-kurangnya dua fasa yang berbeza:
  • Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal
  • Manakala yang kedua melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial dan proses pembinaan makna.
Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” dan "orang-orang luar". Orang dalam merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan, yang mana mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah. Manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional, merekalah orang yang memudahkan proses menyelesaikan masalah.

2) Sampel kajian

Terdapat 3 sampel kajian dalam buku ini :
  1. Orang-orang kampong (village development)
  2. Orang-orang di kawasan industri
  3. Pelajar/ komuniti Univers
3) Setting kajian
  1. Stongfjorden: Village Development in Western Norway
  2. Mondragon: Organizational Problems in Industrial Cooperatives
  3. Cornell University’s School of Industrial and Labor
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
  1. Searching
  • When is a process a search?
    1. Creating a shared history and letting every participant understand how the world looks according to other groups of participant
    2. Creating a shared vision about what is a desirable future or solution to the focal problem of the group
    3. Creating a view of what would the probable future if nothing were done, sometimes this perspective might be integrated into the work on desirable future
    4. Identifying action plans for addressing the focal problem
    5. Creating a collective prioritization process in which participants choose among alternative action plants
    6. Initiating concrete change activity and structuring a follow-up process aimed at sharing achievements and learning.
2. Preparing for the search

3. Planning and executing a search

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHIC)
  • Isu etika sering ditimbulkan , terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku. Ini kerana kajian yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran subjek kajian. Oleh kerana data yang dikumpul oleh responden mungkin merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit dan apabila diumumkan akan mendatangkan kesan yang negetif kepada pihak-pihak tertentu.
  • Buku ini tidak terdapat etika kajian tindakan, tetapi terdapat beberapa aspek penting dalam etika kajian yang terkandung di dalam buku 'kaedah dan statistik penyelidikan, yang ditulis oleh oleh Chua Yan Piaw yang boleh dijadikan rujukan:
  1. Penyertaan sukarela
  2. Penentuan diri
  3. Kecederaan fizikal dan psikologi/mental
  4. Identiti pengkaji
  5. Rahsia peribadi
  6. Perjanjian sulit
  7. Pembelotan
  8. Pengabui mata atau penipuan
  9. Hak cipta

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kredibiliti dan kesahan dalam konvensional penyelidikan sains sosial merupakan fungsi utama kepada para pengkaji. Terdapat maklumat yang mengelirukan, jadi mereka cuba mencari tingkahlaku yang sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. jika pengukuran pada kali kedua (dan ketiga atau pada kali yang seterusnya) dilakukan, nilai yang diperolehi adalah serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Terdapat 2 jenis pengetahuan yang berbeza yang boleh dipercayai iaitu:
  1. Pengetahuan yang merupakan kredibiliti dalaman yang menjana kumpulan tersebut.
  2. Pengetahuan yang melibatkan pertimbangan luaran, yang merupakan pengetahuan yang mampu menyakinkan orang yang menyertai dalam membuat keputusan penyelidikan/ kajian.
PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Buku ini sesuai dibaca oleh semua dan boleh dijadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin melakukan kajian tindakan, tetapi ianya mungkin sebagai asas rujukan sahaja dan memerlukan sokongan dari buku-buku lain. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan yang tidak terdapat dalam buku ini, antaranya pengumpulan dan penganalisisan data, instrumen kajian ,etika kajian serta beberapa lagi yang dirasakan perlu ditambahbaikkan supaya buku ini bertambah mantap dan dapat dijadikan rujukan untuk semua.

No comments:

Post a Comment